Total Pageviews

Go go chaiyok

LilySlim Weight charts

Thursday, December 27, 2012

I'm back...chewah...

Actually aku ada cuti lagi 30 hari nak dihabiskan...kira blom back sepenuhnya lagi lar...

Seblom deliver aritu berat mencecah 82kg
Sejurus selepas bersalin aku tak timbang plak..10 hari pantang berat aku tinggal 74kg
Habis pantang jer berat aku tinggal 69kg...

La nih dah 2 minggu selepas abis pantang berat aku jadi 72.8kg...mungkin sebab dah makan macam2...bengkung dan stokin pun tak pakai...melantak makan macam2...

So start 26 Dis aku kembali mula diet balik...Disebabkan aku menyusu baby maka takleh lar nak diet macam seblom nih...cuma aku pastikan aku tak amik makanan tinggi gula dan kalori, elakkan ais dan minuman manis...

muka seminggu lepas abis pantang...

my baby boy: Irfan Naufal


Thursday, October 11, 2012

Senyum tak perlu kata apa-apa....




Dulu...............









Sekarang..........







Checkup 36 minggu...

Smalam checkup yg ke brapa ntah tp utk 36 minggu ler....nurse cakap, dah masuk 36 minggu nih memang tunggu masa jer nak bersalin..maknanya kena bersedia lar bila2 masa siang atau malam....gulp....

Apa yg aku buatkan skang nih, jaga makan, banyakkan pergerakan, berkemas atau memasak, tidur dan rehat yang cukup dan tak lupa juga doa setiap kali lepas solat serta baca surah Maryam ....Walaupun ini bukannya anak yg pertama tetapi kerisauan tu tetap ada bagaikan tak pernah alami...setiap anak tuh tuah dia kan lain2....so bersedia jer lar...

Ni pic masa sambutan raya MOF aritu...sejak pregnant ni, aku jadi malas nak bergambar...cukup susah nak cari gambar aku yg full body...padehal seblom nih pantang nampak camera...posing sajer...

Checkup smalam Alhamdulillah ok..bacaan BSP ok
BP pun ok 12.8
tekanan darah pun ok
urine ok
denyut jantung baby pun ok
doc check perut bgtau kepala baby dah masuk kat laluan sepatutnya...
harap2 keadaan positif ku ini berterusan hingga slamat melahirkan...
cuma aku kena control makan dan pastikan berat badan tak naik banyak sangat...
smalam timbang 80.1kg...
minggu depan ada appoinment ngan pakar sakit puan untuk kes GDM
then checkup 38 minggu pada 24 okt...


Sejak akhir2 nih tido malam memang tak brapa nak lena dah..selang sejam ke 2 jam mesti bangun gi toilet...dah membuang tuh minum air sket....lepas sejam terjaga lagi...untuk elakkan aku kurang tido, aku akan masuk tido awal antara 10.00 ke 11.00mlm...then tido sekejap disiang hari...
mandi awal dan makan malam pun awal...rasa tak selesa plak kalo makan lewat then terus tido...
untuk elakkan kejang kaki, aku pakai stokin masa tido...tp bila kejap2 gi toilet nak kena bukak stokin jadi leceh lar pulak....kekadang pakai kekadang tak....

posisi tido pun mengiring samaada kekiri atau kekanan...ikut keselesaan...kalo tido telentang memang tak selesa...nak meniarap toksah nak mimpi ler....kekadang bila malam aku terjaga rasa macam ada tekanan kat pinggang...bila raba2, elok jer kaki sibatrisyia landing kat pinggang aku...patutlar berat semacam...
mintak hb kalihkan dia then sambung tido balik....kira macam tido2 ayam jer lar....




Petua mudah bersalin....

Skang aku dah masuk bulan 36 kehamilan...so tercari2 lar jugak petua mudah bersalin...
ni aku amik dari sini 




  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga
  • Bila dah start sakit nak bersalin, telan sebiji telur mentah 
  • Selain telur mentah, boleh minum milo/ susu/ kopi yang dah dibancuh dengan 2-3 sudu marjerin untuk laluan cepat terbukak. Sebelum minum, baca selawat nabi, al fatihah & doa nabi yunus
  • Rebus epal hijau pastu makan masa tengah sakit tu...
  • Amalkan baca surah Maryam
  • Masa dalam labour room, banyakkan baca doa nabi yunus berulang kali serta "Ya Fattah" banyak2 kali supaya laluan bayi cepat terbuka n kurangkan rasa sakit
  • Minum air selusuh 
  • Amalkan minum air kelapa hujung2 nak bersalin.
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil
  • Banyakkan berjalan, jangan malas. 
  • Amalkan makan sayur bendi. kalau boleh hari2.. 
  • Untuk senaman pulak, masa kat bilik air duduk mencangkung dengan tangan menahan kat dinding then cuba berdiri perlahan lahan. Buat banyak kali. Boleh dibuat apabila usia kandungan 38 minggu ke atas. 
  • Duduk bersila, temukan kedua dua tapak kaki, pegang jari2 kaki tu pastu tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa meneran dalam labour room, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina koyak/ koyak banyak.
  • Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling lubang faraj untuk melembutkan bahagian tersebut, so takde mudah koyak/ koyak banyak.
  • Petua dr Fadzilah Kamsah, rajin2 main dengan janggut suami, main camne tak pasti, urut2 kot... hihi
  • Masa tengah sakit tu, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit makin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2.
  • Baca surah Al Insyiqaq ayat 1-4
  • Baca surah Abasa ayat 20 
  • Baca surah An Nahl ayat 78
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali then hembuskan dalam segelas air. 
  • Makan ketam masak lemak 
  • Banyakkan "bersama" ketika nak dekat due.... 

  • yg ni plak dapat dari sini
  • Antara doa dan zikir untuk mudah bersalin masa ibu pregnant ada antaranya ibu amalkan siap tampal kat dinding..tapi bila dah selalu baca dah ingat kat mulut...Kalau yg tengah mengandung & nak tunggu kelahiran bolehlah amalkan ye..

    1. Surah Al- Fatihah (7x)

    2. Ya Khafid (1000 x)

    Al-Khafid (Yang Maha Menjatuhkan). Jika diamalkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya

    3. Al Abasa: Ayat 20
    Maksudnya: "Kemudian Jalannya dipermudahkan"

    4. Surah Al-Anbiya' : AYAT 87-89

    LA ILA HA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN

    "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"
    ''Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)''
    Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

    5. Allahumma bihaqqi maryam, wa bihaqqi man unzilat 'alaihi suuratu maryam, khaffif 'anni aalaamil makhaadth, birahmatika ya arhamarraahimiin.
    Maksudnya: "Ya Allah, dengan berkat Siti Maryam, dan dengan berkat Nabi Muhammad yang diturunkan Surah Maryam kepadanya, ringankanlah kesakitanku dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha Penyayang"

    6. Rabbi yassir, wala tu assir, ya kariim, wa atmim bil khair.
    Maksudnya: "Ya Allah, berilah segala kemudahan kepadaku, janganlah Engkau beri kesusahan, wahai Allah Yang Maha Pemurah, dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya"

    -TAMAT-
    Nampak banyak kan, kalau xnak amalkan semua xper just amalkan yg bertanda merah tu pun cukup.mudah-mudahan mana-mana ibu yg nak bersalin akan deliver dgn selamatnya..
    -AMIN-
  • Monday, September 17, 2012

    GDM, BSP....Apa tu...????


    Percaya tak yg paling kiri skali tu adalah aku...ni baju raya tahun nih..ikut saiz baju raya tahun lepas...

    ni gambo thn lepas...
    percaya atau tidak yg berat aku skang dari raya tahun lepas adalah berbeza 1kg SAHAJA....
    heheh...Asalnya aku memang tanak wat baju raya tp cam tak best plak takder baju raya sedondon ngan batrisyia..So aku beli jer kain dan suh tailor jahit ikut saiz baju raya thn lepas...masa tu berat aku 78kg...raya thn nih 79kg...

    So skang kandunganku Alhamdulillah dah masuk minggu ke 33...Kalo tak der aral melintang insyaAllah due aku adalah pada 8 Nov..

    TETAPI...

    Seminggu lepas raya aku wat repeat MGTT (minum air gula kes mak aku ada diabetis)
    dan resultnya amatlah mendukacitakan...kantoi disitu..bacaan seblom minum air gula ok..lepas minum mendadak naik...Adoyai...nak dekat seminggu aku gundah gulana mengenangkan nasib..tp demi anak yg dikandung aku fikir positif dan tekadkan semangat...
    Aku cuba cari sebanyak mungkin info2 berkaitan GDM nih...
    yg tak tahannya nak wat BSP (blood sugar profile)..bila dah disahkan ada GDM kena lar amik BSP...cucuk ujung jari dan check bacaan gula kat glucometer 4 kali sehari..

    Diantaran blog yg menjadi rujukanku adalah 

    dan 

    Dari sana aku dapat lar sedikit pendedahan tentang penyakitku ini...So apa yg aku buat skang adalah
    Jauhkan diri dari minuman dan makanan manis dan jaga diet macam diet nak kurus...

    TETAPI...

    byknyer tetapi....bila control diet, berat aku plak tak naik malah turun plak 1kg..kalo tak pregnant memang happy dah tp sebab 'berisi' jadi risau plak.....sepatutnya dah trimester ke 3 nih kena naik sekurang2nya 0.5kg seminggu...

    So pagi seblom check up aku makan ler roti sandwich 2 keping...pun tak naik gak adoyai...sabo jer la

    12 sept aku kena wat BSP yg pertama...
    malam seblomnya kena puasa start 10 malam...
    seminggu seblom tuh aku dah start pantang makan dah..jadi bila kena control on the day amik darah tu aku jadi biasa lar...cuma rasa cam tak happy jer...
    then pagi tuh check darah kul 8.30am
    then breakfast kul 9.30 star puasa balik sebab kul 11.30 nak cek lagi
    lunch macam biasa
    kul 3.30pm start puasa balik
    5.30 cucuk lagi
    makan malam seblom kul 8.00 then 8.30 start puasa dan 10.30 cocok jari lagi...
    pendek kata 2 jam seblom amik darah kena puasa kecuali yg kul 8.30 tuh..puasa lama sket...

    BSP nih kena buat 2 minggu skali sampai lar bersalin...

    So result aku adalah
    8.30 am 3.9
    11.30 am 3.8
    5.30pm 4.4
    10.30pm 4.8

    Doc ckp result tu ok...so aku kena control diet jer la..kalo tak ok akan ada tindakan susulan...

    Bila ada open house raya atau gi makan mana2 aku akan pastikan aku tak lupa bawak bekal air masak
    dan pastikan tak ambil karbo terlalu banyak...
    kalo makan nasik tuh aku akan makan sesenduk sahaja

    So far ok lar sebab aku dah biasa diet macam tuh seblom nih...
    harap2 lar lepas nih kesihatan aku ok...doc ckp punca GDM nih adalah sebab ketidakstabilan hormon ibu itu sendiri...biasanya lepas bersalin, GDM ni akan hilang sendiri...so kena jaga makan betul2 lar...


    Monday, August 13, 2012

    Sudah 28 weeks....nak masuk 7 bulan dah....


    Ni 1st time aku pregnant dalam bulan puasa...masa batrisyia dulu pregnant 2 ke 3 minggu dalam bulan puasa tp masa tu tak tau..so puasa cam biasa jer...cuma merasa puasa sambil menyusu badan jer la...sebab 2 minggu lepas abis pantang terus bulan puasa

    Seblom mula bulan puasa aritu merata aku cari info pasal pregnant mummy berpuasa...tak lupa juga bertanyakan pengalaman kawan2 yg pernah alami keadaan yg sama...pokok pangkalnya si ibu itu sendiri...kalo mind set cakap tak larat, tak larat lar jadinya...
    aku nih kalo time puasa memang tak larat sajer..tp tak lar sampai tak berpuasa...maknanya kalo puasa tu takdernya ko nak nampak aku meredah  jalan TAR disiang hari, bersiaran di Alamanda dengan gigihnya...
    aku dah tau body aku camner..aku cuma elakkan jer dari mengikuti aktiviti2 lasak nih...keje yg lain aku wat cam biasa...keje opis, masak, mengemas sumer tadehal...

    seblom bulan puasa aku timbang berat dah naik ke 81.0kg...sepatutnya buku merah tu dah dpt sticker hijau bg berat melebihi 80kg...tp mungkin nurse tu tak prasan...


    skali timbang minggu lepas boleh plak berat aku jadi 79kg....padehal bersahur seperti biasa...heheh...

    Masa bulan puasa ni aku sebolehnya cuba elakkan air manis dan ais masa berbuka...kalo berbuka kat luar pun aku akan pastikan aku bawak air masak dari rumah...tak pun order air mineral...sahur dan berbuka dgn kurma dan minum air masak sekurang2nya 2 liter sehari...kekadang ada gak tak cukup...tu pun nak dekat 2 kali bangun ke toilet ari malam...
    Alhamdulillah wat masa nih dah nak masuk 24 hari aku puasa..puasa penuh lagi...kesihatan pun ok cuma batuk selsema jer sket...


    Setiap ari aku mesti minum nescafe sebabnya aku addict...walaupun nurse dah pesan yg kafein nih tak baik utk baby...tp aku tak boleh nak elakkan...so apa yg aku buat..kalo seblom ni aku minum 3in1 atau bancuh sendiri sesudu kecil nescafe bersama susu pekat...
    masa pregnant nih aku sukatkan nescafe ke 1/2 sudu kecil + milo 2 sudu + susu anmum 2 scoop...
    aku minum secawan setiap hari...tak boleh miss..kalo tak sakit kapla menyerang...
    tu sebab sebolehnya aku elakkan minum manis...kalo nak manis pun yg panas macam teh o
    tapi bila minum air panas nih kiter tak cenderung untuk minum banyak...
    kalo air manis dan sejuk sgtlah menggoda perasaan...dapat lak time berbuka puasa...se jug pun tak cukup...

    Seminggu lepas raya aku nak kena wat MGTT untuk kesan diabetis...harap2 lar negatif...mak aku ada diabetis tu sebab aku kena minum air gula...masa mengandung batrisyia dulu ujian negatif...masa cek 4 bulan lepas pun negatif gak...yg aku risaukan nak cek seminggu lepas raya...
    Almaklumlah kalo beraya...makanan merata tempat....manis2 belaka...nampaknya aku nak kena control makan gak raya nih...seriau gak nih...


    Puasa kali nih aku bangun seawal 4.00am...masak nasik dan lauk ala kadar...sambil masak aku akan bancuh air nescafe dan minum sambil masak.... dalam kul 5.00 dah siap hidang...aku akan start makan slow2 sampai lar kul 5.30...habis makan, dok santai kat sofa sambil menghabiskan 500ml air suam sambil makan buah kurma 2 biji...kalo ada buah, aku akan makan sebiji buah...sampai lar masuk azan subuh...

    untuk berbuka plak, aku akan berbuka dengan 500ml air suam bersama kurma...rest kejap then baru start makan nasik atau makanan berat...makan slow2 gak sampai lar kul 8.00pm...solat jap then baru kemas2 apa yg patut...then sambil iron baju aku akan minum lagi 500ml air suam...kekadang cukup 2 liter..kekadang 1.5liter...tu pun jenuh ke toilet...

    Apa2pun slamat berpuasa dan slamat hari raya kepada semua geng2 diet ku...
    maaf zahir dan batin





    Sunday, July 8, 2012

    Dah nak masuk 6 bulan....


    Alhamdulillah...dah masuk trimester ke 2...pegi checkup baru2 nih. baby dan ibu ok..
    jantung pun ok...
    berat terkini 81kg...heheh...
    masa mengandung batrisyia dulu
    berat masa nak deliver tuh 80kg...yg ni baru masuk 6 bulan dah lebih 80...
    nak bersalin sok mau cecah lebih 85kg...heheh...


    Monday, May 21, 2012

    4 month sudah...heheh



    berat terkini 78.0kg...heheh..
    makan masih control macam biasa cuma takder exercise ler...
    baju2 lama banyak yg dah dipos ke kampung...baju2 yg kononnya besar aritu dah diatur semula kedalam wardrobe utk dipakai...
    tapi takper...abis pantang sok akan ku diet semula...InsyaAllah

    Wednesday, April 25, 2012

    Hadiah telah diposkan...

                                                                            tada...................




    Ada 7 hadiah semunya..aku poskan 2 ari lepas...harap2 lar sampai kepada pemenang dgn segera...dimaklumkan bahawa barangan yg diberi adalah berbeza dari segi nilai...utk tempat pertama nilai nya lebih dari tempat ke 2 dan begitu lar seterusnya...
    bagi yg dapat hadiah bersaiz...aku agak2 jer saiz korang...kalo tak muat atau terlebih muat pandai2 lar korang nak simpan ker nak bagi orang lain ker...
    kalo yg tak muat tu boleh buat sebagi pembakar semangat utk kuruskan badan...hehe...ada hikmah tersirat disitu...
    sejak dah berbadan dua nih aku dah jaran masuk FB KMMK dan jarang update cerita pasal berat...yer lar badan dah makin kembang dan berat makin naik takkan nak citer kat blog...heheh...Bagi yg bertanya khabar...Aku sihat Alhamdulillah...baby pun Alhamdulillah...dah mula buat check up...
    Doakan aku sihat sejahtera dan slamat melahirkan...InsyaAllah...

    Ni picture aku yg terbaru...Sudah mula membulat....heheh

    Thursday, April 19, 2012

    Hadiah MBBI dalam proses pembungkusan....

    Hadiah untuk pemenang MBBI aku tgh usahakan skang...InsyaAllah kalo takder hal apa2 aku akan pos selewatnya next week...Maaf diatas kelewatan...agak busy sepanjang minggu nih...heheh..perasan sibuk jer sebenarnya...

    Hadiah tajaan Avon, Cosway, Tupperware Bliss dan aksesori telefon (hb sponsor)...


    Wednesday, April 11, 2012

    Pengumuman pemenang contest 'Mencapai Berat Badan Ideal'.

    Smalam 11 April adalah hari last untuk pertandingan MBBI...Aku dah publish aku nyer no phone kat fb KMMK supaya setiap peserta boleh sms aku berat memasing...sms diterima seawal 9 pagi kalo tak silap dan panggilan telefon terakhir diterima jam 9 malam...pastu takder dah panggilan atau sms diterima...

    Hanya 7 peserta sahaja yg update berat....dengan ini diumumkan pemenangnya adalah

    NO PESERTANAMA1-Feb11-Aprtotal lostLWP
    37Adnin nadhirah80.967.113.817.06
    32Shadia Darwisy62.553.5914.4
    9Krissia Phillip68.259.38.913.05
    21Nazariah Jadon59.154.24.98.29
    16HAZLINA DIN68.565.23.34.82
    14Adora Endut54.852.62.24.01
    12Nadiyah Abdul68.969.2gain 0.30


    Pemenang dinilai berdasarkan LWP paling tinggi...

    Formula LWP = [(Berat 11 Apr - Berat 1 Feb) / Berat 1 feb] x 100

    Setiap 7 peserta ini dikehendaki menghantar gambar berat timbangan 11 Apr dan gambar full body sebagai bukti.....Hadiah akan diberi kepada 3 peserta teratas seperti yg dijanjikan dan hadiah saguhati akan diberikan kepada 4 peserta lagi kerana komitmen berjaya menamatkan contest ini...



    Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua 41 peserta MBBI seandainya ada tersilap kata, tutur bicara, tingkah laku sepanjang sy menganjurkan contest ini...Sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah dan yg buruk tu adalah kerana kekurangan diri saya sendiri...Contest ini amat bermakna pada saya kerana tujuan asalnya untuk menurunkan berat badan bersama peserta semua tetapi sy terpaksa menyingkirkan diri sendiri kerana telah pregnant...Syukur Alhamdulillah...Walaupun tak dapat menyertai contest ini sehingga ke akhirnya, sy bersyukur kerana ada hikmah disebaliknya...Setahun lebih sy berusaha untuk mendapatkan adik bagi batrisyia tetapi blom ada rezeki dan mungkin kerana berat badan yg berlebihan membuatkan sy sukar mengandung...Apabila sy menyertai geng KMMK, sy berjaya meurunkan berat sehingga 10kg dalam masa beberapa bulan.....selepas itu berat sy turun naik sehingga lar 72.9kg...rupa2nya masa tuh dah ada isi...heh..patutlar liat sgt nak turun...walaupun kini dah berbadan dua sy masih lagi mengamalkan diet seimbang dan berkhasiat....

    Kepada yg berjaya atau tak menurunkan berat badan...Jangan sesekali berputus asa...teruskan usaha anda hingga MENCAPAI BERAT BADAN IDEAL....Sekian...

    Monday, March 26, 2012

    Result minggu ke 7 hingga final....

    1st W7th W8th W9th WFinal
    NO NAMA DALAM FB1-Feb21 macL/G28 MacL/G4-AprL/G11-Aprtotal lost
    2 AZZAX CYFUL68.571.70.770.9-0.871.7+0.8
    5 Maiza Nordin91.0P189.4-0.188.9-0.5
    7FARA DILOT74.274.9074.90P1
    9Krissia Phillip68.264.7-0.563.9-0.861.4-2.5
    10Lily April65.867.467.40DISQUALIFIED
    11 Firdaus bt Mohd Ghazali62.2P260.6-0.759-1.6
    12Nadiyah Abdul68.9690.266.7-2.3P1
    13Khairini binti Kamaruddin57.258.52.257.5-1.056.9-0.6
    14Adora Endut54.853.5-0.752.6-0.953.8+1.2
    16HAZLINA DIN68.566.30.365.2-1.265.4+0.2
    17Nurul Huda Ishak68.0641.6640P1
    21Nazariah Jadon59.156.3-0.355.7-0.654.8-0.9
    25 AIZA HARIS83.881P1          
    30Nur Anne Jalil60.1P2P3DISQUALIFIED
    32Shadia Darwisy62.558.40.558.4055.8-2.6
    33 Lia Mohd69.7P268.9-0.1
    34Nor Marzean80.278.50.178.3-0.2
    36 Ezan Abd Rahman74.0P2P3DISQUALIFIED
    37Adnin nadhirah80.971-0.569-2.0
    39Mok Ida85.083.7-0.1P1


    Result minggu ke 7
    1 peserta tersingkir
    1 peserta amaran 1
    4 pesera amaran 2
    7 peserta naik berat
    1 peserta berat TB
    5 peserta turun berat
    Peserta no 14 turun berat paling banyak 0.7kg...tahniah diucapkan...

    Result minggu 8
    2 peserta tersingkir
    2 peserta amaran 2
    4 peserta berat tidak berubah
    12 turun berat
    pecah rekod minggu ni takder yg naik berat badan
    dan peserta no 12 Nadiyah Abdul turun berat paling banyak iaitu 2.3kg...tahniah diucapkan

    Result minggu ke 9
    1 Peserta tersingkir
    6 amaran1
    1 amaran 2
    7 turun berat badan 
    3 naik berat 
    dan peserta turun berat paling banyak adalah Shadhia Darwisy dg penyusutan sebanyak 2.6kg...tahniah diucapkan